Saturday, December 8, 2012

Pisang Kaki..

Assalamualaikum...
Hari ni bercerita tentang pisang kaki..

Pisang kaki, nama diberi..
Buahnya licin  manis sekali...
Sekali merasa teringin lagi..
warna oren memikat hati...
rupanya seakan-akan tomato.. 
setelah dihiris-hiris..
lama sangat  kat peti sejuk..saya cuba buat jus dan jelly..

Cara2 Membuatnya..
Jus Pisang kaki : caranya kisar tiga pisang kaki ni, dua sudu gula pasir
 dan 1 gelas air. Setelah semuanya selesai dikisar,
Simpan di peti sejuk dulu..kemudian barulah diminum.
Kalau rasa pekat dan likat sangat...
boleh juga tambah air lagi...ikut taste..

Jelly Pisang kaki : caranya kisar dua pisang kaki, tiga sudu gula,
tiga sudu susu tepung, air putih 3/4 gelas. Selepas dikisar masuk ke dalam bekas.
Simpan dalam peti sejuk. Boleh diminum setelah 1 jam.
Rasa Jelly pisang kaki ni manis, kenyal2 dan lembut..


9 comments:

  1. Kak ani pun suka pisang kaki ni, sedap.

    ReplyDelete
  2. kunang-kunang..
    kak ani, pisang kaki ni menurunkn darah tinggi yee..sesuai untuk org yg ada darah tinggi..

    ReplyDelete
  3. memula dulu pelik juga namanya pisang sebab takde rupa pisang pun... tak pernah lak buat jelly ni, boleh cuba juga nanti

    ReplyDelete
  4. aduhaiii kak..terliur lah pulak!
    heheh...

    ReplyDelete
  5. Ibuintan..
    saya pun memula pelik dengan namanya..
    rupanya jauh sngat dgn pisang..
    tpi pinjam pula nama pisang dipangkalnya namanya..

    tpi sekarang dah biasa dengar..

    ReplyDelete
  6. Pn kartini..
    manisnya macam ciku....tpi ciku lebih manis..

    ReplyDelete
  7. macam ni yea jus dia. terima kasih kongsi resepi kat sini.

    ps: jemput join segmen pokok2u

    ReplyDelete
  8. Sedapnya jelly pisang kaki tu.. feberet akak buah pisang kaki ni :D

    ReplyDelete
  9. anak2 munna suka makan buah ni....

    ReplyDelete