Monday, October 22, 2012

Lemak Jahat dan Lemak Baik

Assalamualaikum....

Boleh dikatakan hari-hari kita makan makanan berminyak, kan..Tambahan pula jika bekerja,  memang di luarlah tempat kita  menjamu selera. Antara sebabnya ialah  tak sempat nak masak dan  makanan di luar  mengancam pula . Tidak dapat dinafikan kesedapan dan keenakkan sesuatu makanan itu  yg menjadi  daya penarik...
Hari ini  anak-anak berkumpul, lalu ibunya mengajak mereka makan di luar, nak belanja...semua takde respon..agaknya kenyang kerana menikmati nasi goreng buatan sendiri..memang pun nasi gorengnya sedap...tapi di luar tu,  lebih enak, bukan ???? .....
Berbalik pd lemak makanan . Lemak yang dimakan  dikategori kepada dua. Lemak baik dan lemak jahat..

Lemak baik dikenali sebagai HDL yang berketumpatan yang tinggi. Oleh itu HDL membantu membawa kolestrol dari seluruh saluran darah ke hati untuk diproses dan dikeluarkan dari tubuh. Ia berguna melindungi fungsi dan kesihatan jantung.

Lemak jahat pula dikenali sebagai LDL yang berberketumpatan rendah dan membawa kolestrol dari hati ke saluran darah , mengumpul, menyimpan. Akhirnya mengakibatkan pengaliran darah ke jantung tidak lancar, tersumbat  lalu berisiko  menyebabkan sakit jantung !!!!


Jadi marilah kita peka dan berhati-hati  dengan pemakanan kita....

18 comments:

  1. Kakcik suka makan masak lemak cili api... hehehe...

    ReplyDelete
  2. assalam sal..terima kasih kerana mengingatkan..kadang2 bila makan seronok je lansung tak teringatkan tu semua.

    ReplyDelete
  3. nyahkan lemak jahat dari badan..tp camner ni suka sangat makan kek..hehe

    ReplyDelete
  4. As Salam Sal.. Betul kata Acik Erna tu, bila dah tengok juadahyg sedap2 terhidang, mmg terus jamu selera je..

    ReplyDelete
  5. kakcik lemak cili api memang sedap..payah nak control lemak jahat..

    ReplyDelete
  6. erna: kdgkala masa makan semua lupa...lupa diet makanan seimbang..

    ReplyDelete
  7. anitaare...kek..berselera tengok...anak2 lagilah suka...lemak berkrim..

    ReplyDelete
  8. deru ombak: payah nak control yee...hehe..

    ReplyDelete
  9. Kesian lemak, asyik kena singkir mana2 pergi. Nama pun orang Melayu, tak jauh dari makanan bergoreng dll. Cuma jgn berlebihan je Sal.

    ReplyDelete
  10. Susahnya nak amalkan diet yg Betul kan

    ReplyDelete
  11. Makan apa shj asal kuantiti sayur dan buah buahan, air mineral lebih banyak berbanding yg lain.....

    ReplyDelete
  12. ZANA: Makanan sedap mesti nak jamah pula yee..tapi berpada-pada, tu jln selamat..

    ReplyDelete
  13. KASIHREDHA: Memang susah...dugaan selalu melanda kehidupan..klu makanan sedap depan mata...tpi mungkin boleh kurangkn..

    ReplyDelete
  14. MAMAWANA: Satu kaedah yang baik utk diet..mkn buah2an dan sayur-sayuran yg banyk, air mineral..

    ReplyDelete
  15. susahnya nak amalkan pemakanan yg betul2 sihatkan kak..pantang je nmpk mknan sedap ssh nak tolak tepi..sekarang ni sy pun cuba kurangkan mskan berlemak..at least seminggu je sekali

    ReplyDelete
  16. Salam sal.

    Selalunya lemak jahat tulah kuat godaannya. kena kuatkan iman.

    ReplyDelete
  17. Nak kawal makan tu memang payah.. Tapi kena kuatkan iman dan tahan godaan.. Nak raya ni, tentu banyak makanan berlemak yg kita akan makan.

    ReplyDelete
  18. Makanan yang banyak lemak jahat lebih sedap dimakan,susah nak berpantang hehehe....

    ReplyDelete