Sunday, March 11, 2012

Bunga Rampai....

Bunga rampai harum mewangi..... itulah penangan dua punjut bunga rampai  di dalam beg tangan yang  masih meninggaklan kesan  haruman  menyegarkan.....

Kelmarin ketika bersama-sama dalam majlis pertunangan anak saudara,  saya dihulurkan sepunjut bunga rampai ... Pada  majlis potong jambul cucu jiran hari tu,  sepunjut lagi bunga rampai  diberikan..semuanya tersimpan kemas di dalam beg ...sehingga layu-layuanlah di situ, seminggu dua tahan...

Unik kan org Melayu, kaya dengan adat resam..adat kebudayaan..Memang diakui protokol sesuatu majlis berbeza mengikut cita rasa individu, kelompok komuniti, ada yang masih mengekalkan pemberian bunga rampai..ada pula yg gah dengan benda2 lain, apa2 pun, yang penting ialah amalan bersederhana ketika mengadakan sesuatu majlis supaya ianya tidak membebankan ...

Mari kita layan sebahagian gambar hantaran yg sempat diambil dalam majlis pertunangan anak saudara lelaki, anak kakak yang ketiga.....alhamdulillah telah pun selamat disempurnakan..
 
Hasil tangan  adik ipar...dikongsikan ilmu seni hias menghias ni...kata adik, klu nak buat sesuatu mesti minat...kemudian kreativiti itu datang dengan sendirinya...ye kee dik??, klu minat tapi tangan kejung, camne ????
 
Selalunya sesebuah hantaran itu memang sinonim dengan bunga-bungaan  ikut tema warna kegemaran ...
 
Coklat, songkok, buku doa  merupakan pilihan hadiah drp wakil perempuan...buku doa  pun ada??? good idea..membaca jambatan ilmu..
 
Yang kuning sebelah kiri tu, kek yang dibentuk seperti beg,  kek besar dan  kenyang dimakan...sebelah kanan adalah peralatan  lelaki spt syampoo, minyak rambut, minyak wangi...
berlangsungnya adat istiadat pertunangan yang sederhana diserikan dengan pantun berkias yang humor tapi mempunyai makna yang tersirat bagi  peringatan dan penghayatan bakal mempelai.....
Pulut kuning dan kuih-muih antara pilihan hidangan pada majlis tersebut..
di ruang makan.....si cilik menikmati hidangan...

cuti datang lagi..... tentunya kita  menerima banyak kad jemputan...
Oleh itu, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat pengantin baru pada  anak2 yang akan menjadi raja sehari..moga Allah memberkati dan merahmati hidup kelian hingga ke akhir hayat..amin...

sekian, wassalam..

14 comments:

  1. asal musim cuti sekolah memang banyak la dapat surat 'saman'
    hehehe kat trg surat saman musim cuti sekolah adalah kad undangan kahwin r =)

    ReplyDelete
  2. cheqna...mana kd jemputannya ???
    tertunggu2 ...

    ReplyDelete
  3. Cantik btol le hantaran2 ni..
    Suka tgk gubahan2 camni.. ;)

    ReplyDelete
  4. sy spesis tgn kejung hehe


    kalau pandai gubahan camni boleh buat bisnes :)

    ReplyDelete
  5. cantiknya hntaran...mmng kreatif...

    ReplyDelete
  6. AssalamualaikuM: MP, Rina ,cheqna..terimakasih kerana sudi menjenguk...sambil berblog SAmbil itu, tak lupa juga berdoa agar kita semua sentiasa ceria2 dirahmati dan diberkatiNya dalam perjalanan kehidupan ini..AMIN..

    ReplyDelete
  7. Kalau keluarga kakak walau kejung pun tangan kami tak pernah buat tempahan bab membuat gubahan - kejung-kejung inilah juga yg menggubah - cantik ke tidak tak kira kami buat sama-sama juga.

    Kakak ingat kek kuning itu kain buat baju tau Sal... pandai dia buat.

    ReplyDelete
  8. klo k mjlis pkahwinan n ptunangan..lya suka sgt tgk hntaran.. n lya sndiri ada ambik upah buat hntaran kawin..

    ReplyDelete
  9. Cantik gubahan tu.. Meriahnya majlis pertunangan ni. Dah macam majlis kahwin. Kak Sal jalan mana cuti ni?

    ReplyDelete
  10. Majlis pertunangan pun dah meriah..pasti majlis perkahwinan meriah lagi..skrg ni mmg byk jemputan..hurm bestlah dapur tak berasaplah

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum..la..ingatkan majlis pernikahan...meriahnya mcm nikah je....

    ReplyDelete
  12. Salam Sal,

    Wahhh...meriahnya Sal...kak Ros ingat majlis akad nikah,rupanya majlis pertunangan....

    ReplyDelete
  13. assalamualaikum Ros,nyanyisunyi,anitaare,lafrina,nur-nba,kakzakie,mp,rina,salina, cheqna...terimakasih berkunjung ke sini..moga happy selalu..

    ReplyDelete
  14. Cantiknya hantaran....majlis bertunang pun dah macam akad nikah meriahnya

    ReplyDelete