Assalamualaikum..
Moga sentiasa dalam rahmatNya..
Pagi itu, memulakan perjalanan ke bandar..berpeluang melalui jalan yang lengang..kenderaan agak kurang. Jadi dapatlah menikmati suasana di ibu kota JB yang aman damai. Sudah tentu waktu cuti begini, penghuninya beralih angin, mempunyai destinasi sendiri untuk menghabiskan cuti CNY..
snap..snap..snap..
inilah hasilnya...
inilah hasilnya...
ketika dlm perjalanan munculnya mentari pagi..
masih sejuk dan hening...terasa hadirnya membawa ketenangan..
jauh sebentar daripada hiruk pikuk manusia..
masih sejuk dan hening...terasa hadirnya membawa ketenangan..
jauh sebentar daripada hiruk pikuk manusia..
Berbeza sekali pd malam kelmarin....kerap kedengaran ' prang..prung..prang prung.'.Paling tercabar apabila sesekali mercun roket dihalakannya ke rumah ..Aduhai, tersangatlah kuatnya sehingga menyakitkan gegendang telinga..menyesakkan dada..diam ajalah....hidup berjiran memanglah kena bersabar...dlm keadaan hingar bingar, tetiba terdetik dlm hati, siapa.yang kena toleransi nih???? kita yg kurang tahan bunyi kee atau jiran kitakah yg kena sloww....oppsss..isu ini, tak perlu dipanjang-panjangkan..
Kereta masih bergerak laju...dah sampailah pada lokasi yang dituju.. ke Hotel Puteri Pacific ..duduk di lobi sekejab ..
Hari ini temankan si Hani untuk interview.. teruja sangat dia. Anak yg seorang ni suka sangat mencuba pelbagai. Terkadang kelakar melihat Hani. Orang dtg interview bawa diploma, digree, master..dia yg sedang menunggu SPM membawa UPSR, PMR..sikit2 sijil itu dan ini....hehe..
Biarlah......buat seronok2 je sekejab sebab masa tu free. Dari kecik budak ni memang sukakan kepelbagaian, mencuba itu dan ini sekadar ingin melalui cabaran..Jadi dpt peluang untuk interview tak salah pergi....tapi saya rasa sangat bersalah klu dpt, ewah....sebab ibunya tak suka dengan glamour... betapa haru biru kehidupannya nanti....hehe..
Yang pasti : Sememangnya baik kalau kita pandai mengatur perancangan hidup kita..tapi redhakanlah Dia menjadi penentu..Dia menghapuskan sesuatu yang kurang sesuai dan menggantikan dengan rencanaNya yang lebih indah. Dia yang lebih tahu apa yang terbaik untuk kita dan memberi apa yang kita perlukan dalam kehidupan....InsyaAllah.
Pergi interview jadi artis ke?
ReplyDeletebukan artis..tapi interview pengacara kanak2..
ReplyDeletesal..jangan la rasa bersalah.anak baru nak mencuba..kalau dapat ..insyaallah dia tak kan lupa pesan ibunya,,
ReplyDeletewah..moga2 ada rezeki ye kak =)
ReplyDeleteSemoga Hani berjaya...
ReplyDeleteGood luck Hani.. Takpe kak, banyak pengalaman yang boleh dikutip sementara menunggu result SPM tu.
ReplyDeletekalau kat langkawi ni CNY mmg penuh org huhu..kerjs glamour apa tu hehe
ReplyDeleteSal... kakak selalu makan di Puteri Pan tau. Kalau Hani dapat bertugas sementara di sana bolehlah kakak jumpa dia...
ReplyDeleteSetiap Sabtu/Ahad buffet di bawah (sebelah lobby) tu kan oklah tapi kalau weekday tak berapa banyak pilihan...
lamanyaaaaa kpah tak ke jb. Gambaran JB lama yang dulunya masih mengalir sungai seget yang hitam legam airnya.. masih terpahat di ruang kepala.
ReplyDeleteAssalamualaikum
ReplyDeleteibonda,kakzakie,suri,nur,mp,ceqna,erna,kakcik..
terima kasih kerana dtg berkunjung..moga sentiasa sihat dan ceria2 selalu..
assalam..
ReplyDeletesemoga hani berjaya dlm interviewnyer..berjaya atau tidak,yg penting cuba dulu..
Bagus tu dedahkan anak2 dgn pengalaman bekerja. Boleh built up keyakinan diri, kepintaran berkomunikasi sgt penting.
ReplyDelete