Entah mengapa ..hari tu anak-anak ajak menonton, Lagipun cerita ini diberi publisiti yang meluas melalui media arus perdana. Akhirnya saya akur dengan ajakan anak. Cuti sekolah, anak-anak pun bercuti, jadi dapatlah berkumpul mengisi masa lapang pergi menonton Ombak Rindu ni ...
Ombak rindu...dari kaca mata wanita seperti saya, memfokuskan persoalan wanita. Bagaimana kecekalan hati seorang wanita utk survival hidupnya di bandar. Hidup bersendirian tak ada tempat untuk mengadu. Tak ada tempat untuk meminta pertolongan..
Kemudian, Izzah bertemu Hafiz, akhirnya terdesak untuk mengahwini Hafiz semata2 tak mahu terus-terusan diburu dosa !!!!!.
Lumrah, sebuah rumah tangga yang dibina tidak didasari dengan cinta dan kasih sayang bukan sahaja bermasalah, malah tidak menjanjikan kebahagiaan, mahupun masa depan.
Izzah wanita tabah, sabar, pasrah dan redha menerima ketentuan Ilahi !!!!
Menariknya watak Hafiz, Seorang ahli korporat yang kaya, menganggap Izzah seperti pembantu rumah, seperti perempuan desa, lama kelamaan berubah persepsi menerima Izzah seadanya, simpatinya melimpah ruah lalu dalam diam-diam dia tak boleh membohongi diri mencintai isterinya sendiri... Banyaklah episod-episod sedih..yang tak cukup sehelai tisu !!!! (
Cuma ada beberapa pemandangan yg mencolok mata ....credit to Maya Karin, Aaron, Bront Palare yang menyampaikan watak , menjadi semantik serta artikulasi emosional dalam menggarap watak masing2. Maya Karin pelakon utama cukup versatil menghayati Izzah....
Lisa (Mila) membawa watak antagonis...berkeras untuk berkahwin dengan Hafiz kerana kesetiaan, marah kerana menangguhkan perkahwinan
Tahniah kepada Osman Ali kerana filem arahannya mendapat sambutan hanget, filem ini merupakan adaptasi daripada novel nukilan Fauziah Ashaari.
teringin nak tengok juga :)
ReplyDeletemestilah marah kalau lelaki yg dia cintai rupanya x cintakan dia hehe
ReplyDeletesy dh bnyk kali ajak hubby tgk citer ni tp dia cam malas jer..teruja nk nengok aaron ajiz yg benonya haha
kakcik belum tertarik untu menonton, lebih teruja membaca novelnya sahaja. :)
ReplyDeleteSaya dah gi tengok...sedih jugak citer ni...
ReplyDeleteKak sal sedih tak...
Kak Sal,
ReplyDeleteTak nengok lagi..
So, tak bulih komen ape..
huhuhu
nak tengok jugak....
ReplyDeletebelum tengok lagi....
ReplyDeletecik ina tak berkesempatan lagi nak nengok, nak bawak suami, memang sah dia tak nak tengok cite cam tu. tunggu cd kelualah nampaknya. : )
ReplyDeleteAssalammuallaikum.
ReplyDeleteYa Allah, rindu pada kk Sal.jelez kita.dah tgk ombak rindu.n suka cara kk Salmenyampaikn tetang filem tu.comel je....
sal..sama la macam cik ina tu..nak tunggu cd la nampaknya..
ReplyDeletedah puluh tahun tak masuk panggung wayang..tak tahan..volume nya kuat sangat.
Assalamualaikum..
ReplyDeletekepada semua rakan..kasihredha, rina,kakcik,ainnoraini,missgee,pena rozie,mulut payau,cik Ina,anie,Erna..
Terimakasih kerana sudi membuat catatan ringkas di sini..moga sentiasa ceria2 selalu dan diberkati Allah jua hendaknya. amin.
penasaran tuh tengok
ReplyDeleteInfo Event For Blogger: Percuma Samsung Galaxy Ace & RM1000, it's very easy to get, let's come and get it --> http://www.streetdirectory.com.my/streetdirectorymalaysia/
xdan lagi nak tengok cite ni...masih dlm proses memujuk tunang sy teman tgk cite ni...heee
ReplyDeleteNo tak tengok lagi la cite ni..sana sini kawan2 duk cite huhu...xpe2, nnt dh kua masuk tb No nk tengok hehehehe....
ReplyDeletetak sempat nk tonton lagi
ReplyDeleteharap2 kuarlah kat astro 1st :)
Tak sempat menonton.. Pandai Kak Sal buat ulasan filem tu. Komen2 membina yg patut pengarah filem "Ombak Rindu" pertimbangkan.
ReplyDeletesalam ziarah,
ReplyDeletemmng dmam OR nmpaknya. akk sjak ada anak ni dh t.pnah jjak cinema, tunggu muncul kt tv je lah ;D
suka baca ulasan kak sal pasal ombak rindu ni....
ReplyDelete