Tuesday, November 8, 2011

Kos Membantu Ibu..

Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang menyediakan makan malam..Kemudian dia menghulurkan sekeping kertas untuk si ibu, Isi kandungan suratnya......

KOS MEMBANTU IBU
- Tolong pergi kedai = RM4.00
- Tolong jaga adik =RM4.00
- Tolong buang sampah =RM1.00
- Tolong kemas bilik =RM2.00
- Tolong siram bunga=RM3.00
- Tolong sapu sampah =RM3.00
  JUMLAH KOS = RM17.00 


Selesai membaca, si ibu mengesat air matanya
terharu dengan jumlah tuntutan yg diminta..
lalu berfikir sejenak...
kemudian si ibu mencapai pen...
membalas surat anaknya di belakang kertas tersebut....

- Kos mengandungmu 9 bulan = percuma
Kos menjaga kamu di waktu malam = percuma
Kos air mata yang mengalir keranamu = percuma
Kos menyediakan makan, minum dan keperluanmu = percuma
Jumlah keseluruhan kasihku  = percuma

Setelah membaca  surat tersebut
si anak bergegas  mendakap ibunya dengan berkata....
SAYA SAYANGKAN IBU..

Si anak merasa sedih...
sekali lagi dia mencoret di muka surat yang sama ditulis dengan perkataan....
TELAH DIBAYAR..

CUMIL,  KAN cerita ini..
tergelak pun ada..
sedih pun ada..

ITULAH KEHIDUPAN SEGELINTIR ANAK2 ZAMAN SEKARANG...
YANG SINONIM DENGAN UPAH MENGUPAH..

P/S: cr to adik Ahmad yassin , kerana kakak share cerita yg ini..

15 comments:

  1. Bila anak2 meminta upah, kakcik pun selalu cakap 'dulu mak mengandung sampai kena belah perut, mak tak minta upah pun'. :)

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum kakcik

    elok cakap camtulah yee..
    moga2 anak2 perasaaaan..

    ReplyDelete
  3. senyum baca kisah ni...
    budak2..
    =)

    ReplyDelete
  4. sesuai bagi anak2 bace ni...

    tq kak sal..

    ReplyDelete
  5. ada lesson la n3 ni..elok share utk budak2 yg seangkatan dgnnyer..huhu

    ReplyDelete
  6. kasih sayang dan pgorbanan ibu tidak ternilai...semoga anak2 kita faham...

    ReplyDelete
  7. assalam sal..pernah baca cerita ni lama dulu..
    terima kasih sebab sal sudi mengingatkannya lagi..

    ReplyDelete
  8. zaman skrg semuanya nak upah..
    kasih ibu tidak ternilai

    ReplyDelete
  9. bila dah jadik "emak" ni baru lah sedarrrrrr kita sebagai anak ni tak layak nak mintak upah .... tak terbayarrrr secara ansuran pun...

    ReplyDelete
  10. Sedih kak Zai baca jawapan ibu tu...itulah pengorbanan namanya....

    ReplyDelete
  11. bebudak sekarang semua nak mintak upah.. (anak saya le tu )

    ReplyDelete
  12. cite ni sedih.. kalau tgk iklan kt tv tu.. leh mengalir air mt.. :(

    ReplyDelete
  13. anak2 ni dah mereka bergelar ibu baru mereka tau camna syg nya ibu pada anak..

    ReplyDelete
  14. Salam, Pengorbanan ibu ni tak dak nilainya,tak terbayar kalau kita nak bayar....

    ReplyDelete