Thursday, May 5, 2011

Tertidur selepas makan..

Kalau ditanya tentang makan malam....Sayalah orangnya yang  tak suka makan malam, kecuali ada hal2 tertentu  seperti majlis kenduri, family belanja, lauk sedap sangat  sampai tak boleh tahan..tak boleh nak ditolak...tapi klu diberi pilihan  samaada tidur atau makan..saya tentu pilih tidur...hehe..bermakna waktu mlm perut dapat  direhatkan...

Namun, Lain padang lain belalang, lain  orang lain keperluannya. cara penyesuaian diri juga berbeza2 antara individu..ada yang suka berjaga sampai lewat dan mereka memerlukan makanan..
Kebiasaaan Saya pula, Kalau waktu mlm kosong...waktu siang penuh ....hehe..


Apabila dah penuh tuh...faham-faham ajalah  ...istimewanya kalau jumpa bantal, memang sah, sejam dua juga tuh......

Sebenarnya kebiasaan ini perlu dihindari  kerana tidur selepas makan  tak elok dari segi kesihatan...

Mengapa...ia boleh menyebabkan penyakit  Gastroesophageal @ rangsangan Gastro Esofagua (GERD). Ia seperti serangan jantung tetapi radang ini berlaku di hati dan sakit dada.
Setiap kali makan perut akan menghasilkan asid hidroklorik utk pencernaan makanan dan membunuh bacteria. Asid ini sepatutnya berada di perut, Tetapi telah mengalir ke atas memasuki esophagus dan ulu hati menyebabkan pedih. Aliran asid yang panas membuatkan dada menjadi panas seperti pesakit jantung.
Oleh itu,cuba ubah tabiat tu.... klu nak tidur, elok tunggu selepas makan 4 jam ..Kalau termengantuk juga tunggu selepas  2 jam ....

hehe..kita berkongsi info ye ibu-ibu dan anak-anak ....

13 comments:

  1. salam akak...

    pas mkan memang best tdo..hehhe..

    tp xelokkan...

    time kasih akak...utk info ni...:)

    ReplyDelete
  2. assalam sal..terima kasih berkongsi info.
    akak pun sama..kalau ngantuk dengan lapar..akak akan layan mata dari perut..

    ReplyDelete
  3. Assalam Sal,

    Betul tu Sal. Mamawana memang amal makan malam jam 6 atau 7 ptg sejak bujang lagi. Takda istilah minum petang buat mama, kecuali ada function minum petang kat opis ker. Mlm pun andai ada jemputan dinner ke siapsedia no minum ptg. Rasul s.a.w pun menganjurkan sebaik2nya makan mlm sebelum mughrib.

    ReplyDelete
  4. kalau tak salah Rasulullah menggalakkan kita makan malam.

    Thanks for info :)

    ReplyDelete
  5. Terima kasih sal tapi kan kak Zai tak boleh tak makan malam besok pagi pedih hati tapi taklah jauh malam sangat.

    ReplyDelete
  6. ooo gitu ye..patutlah kadang2 tu sakit dada..timakasih atas perkongsian ini

    ReplyDelete
  7. Salam. Kak Sal, memang selalu mengantuk bila perut dah kenyang... Kalau boleh memang nak elak daripada tertidur. Tq atas perkongsian.

    ReplyDelete
  8. tido atau makan?

    haruslah pilih tidoooo... sedap tak hengat! hehehe

    ReplyDelete
  9. salam kak sal,

    ati malam2 kena gak makan
    paling2 roti kosong n milo
    coz breast feed lagi :)

    ReplyDelete
  10. Hmm..kdg2 kalau pewut lapar..tak boleh laa nak tido at least kena gak isi pewut..hehehe.. Pewut nie kalau makan benda yang berangin mula laa senak dan pedih ulu hati..

    ReplyDelete
  11. klu makan malam kol 8 kena tido kol 12 la baru ok ye kak...

    klu tak silap, sebab tu la sunnah nabi suh makan awal (sebelum maghrib) ye..
    bagi perut rehat...

    ReplyDelete
  12. Sal samalah kita,tak makan waktu malam, sebab waktu siang dah makan nasi.kalau boleh malam makan ringan je cam biskut .

    ReplyDelete