Wednesday, January 12, 2011

cerita semalam

Kelmarin saya dikhabarkan bhw
rakan sekerja lama kami yg strok kat hospital 
dah keluar..
dia dh sihat sikit..
Alhamdulillah.. 
Ramai  dah melawatnya di rumah...
klu kawan2 bertandang, 
dia sangat ramah 
tapi dia tak boleh sembunyikan kesedihan hatinya lalu nangis..


Saya dengar jee cerita mereka....
saya ni macam sibuk sangat..
Hari minggu yg lalu tu  
Lepas  balik kampung..
ingatkan nak melawat dia, 
tapi dah petang.
Saya terfikir2 juga....
Dia dah sihat sikit..
Kalau lambat melawat pun tak pe., 
ada masa lagi....

tetiba ..
subuh subuh dah bunyi telefon
Memberitahu bahawa kawan ini dah  dimasukkan semula ke hospital ..
lalu menghembuskan nafas terakhirnya di sana..

Innalillahi,wainna ilaihirajiuun....

Saya  pun terus bergegas  ke rumah arwah..
Berjumpa keluarganya
rasa terkilan.
tak  dpt melawat masa dia sihat....


JODOH pertemuan ajal maut di tangan Tuhan..

Ini pula saya kongsikan HIKMAH SAKIT  yg didapati dlm FB...
Penceramah bebas, Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman, berkata sakit atau musibah yang  datangnya daripada Allah SWT. Mengandungi  pelbagai hikmah untuk direnung

1.Menghapus dosa
Menurutnya, kesakitan itu salah satu jalan untuk Allah menghapuskan setiap dosa hamba-Nya. Sebagai satu terapi untuk menggugurkan kesalahan dan noda pada diri anak Adam.

2.Sakit yang meninggikan darjat
Zaharuddin berkata, selain untuk menghapuskan dosa, kesakitan atau bala bencana yang menimpa seseorang juga merupakan jalan untuk Allah meninggikan darjat seorang hamba-Nya.

Menurutnya, kisah Nabi Ayub ketika bersabar menerima ujian kesakitan terhadap dirinya merupakan contoh yang baik. Betapa Nabi Ayub mempunyai kedudukan mulia di sisi Allah, namun masih mampu berbaik sangka kepada Rabb.
 
4.Sakit rohani punca kejahatan
Zaharuddin ketika mengulas mengenainya berkata, penyakit batin seperti dendam, menipu, bongkak serta pelbagai lagi adalah berpunca daripada hati yang sakit.Ia adalah penyakit rohani yang berdosa.
 
5.Taubat menyucikan dosa dan noda
Taubat nasuha dan penyelesalan terhadap dosa-dosa yang lalu .
Wallahu a'lam
 

30 comments:

  1. ajal maut di tangan tuhan..
    walaupun begitu kita tetap terasa kehilangan jika org terdekat kita pergi mninggalkan kita.

    ReplyDelete
  2. Al fatihah..
    memang dah ditakdirkan sal tidak dapat bertemu dengan nya..

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum KASIHRHEDA
    Ajal maut di tangan Tuhan..
    Teringat je kebaikan arwah di masa yg lalu.
    Moga rohnya dicucuri rahmat..

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum KAK ERNA
    Ya..dah ditakdirkan begitu..
    Moga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya
    Al fatiha..

    ReplyDelete
  5. Innalillahhiwainailaihirojiun... semoga rohnya damai di sana. Amin.

    ReplyDelete
  6. Al-Fatihah buat arwah dan takziah buat keluarganya.

    Tak ada rezeki nak jumpa.

    ReplyDelete
  7. Al-Fatihah buat arwah.

    tak de rezeki tuk Sal tuk terakhir.

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum KAKCIK

    Ya..Semoga rohNya damai di sana..
    dan ditempatkan bersama orang2 yg beriman dan beramal soleh..Ameen

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum CKLAH..

    Innalillahhiwainailaihirojiun...
    Allah lebih mengetahui apa yg terbaik untuk hambaNya..

    ReplyDelete
  10. Assalamualaikum ZAITUN

    AlFatiha untuk arwah..
    DIA lebih menyayangi hambaNya

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum ANIE..

    Moga ALLAH mencucuri rahmat ke atas rohnya..Ameen

    ReplyDelete
  12. Takziah buat kawan Sal. Sal akak nak bagi nasihat sikit, sebab akak dah pernah kena keadaan cam ni. Kalau kita rasa nak pergi melawat seseorang yang sakit, kita terus pergi je, jangan bertangguh.Nanti , kalau apa- apa berlaku pada dia, tak delah kita terkilan.

    Benda cam ni akak dah kena. Orang tu adik lelaki akak sendiri. dah sampai separuh jalan, boleh patah balik, nak pergi esok pulak. Subuh doktor call, dia dah meninggal dunia.

    Apa-apa un , kita mampu merancang, Allah SWT yg menentukan.

    ReplyDelete
  13. ASSALAMUALAIKUM kakSal..begitu la kita hanya merancang tp ALLAH SWT yang menentukan.

    ALFATIHAH untk arwah dan salam takziah untuk keluarga arwah..semoga roh arwah dtempatkan bersama2 dengan org2 beriman..

    ReplyDelete
  14. salam kak sal..ajal maut di tangan tuhan..

    ReplyDelete
  15. Al-Fatihah dan Takziah wat keluarga arwah.. Moga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama² orang yang beriman.

    Tu laa kan kita nie.. bila org dah sihat tak nak gi jenguk..bila dia tiba2 dah pergi mengejut kita gak yang rasa terkilan.. iye laa nak wat cam na kan dah ajal. Redha kan je laa pemergiannya..tuh.

    ReplyDelete
  16. hi k sal....

    semoga rohnya di cucuri rahmat...

    sbb tu mak sy slalu pesan jgn bertangguh2 nk buat ape. Kita tak tau ape akan jadikan...

    K sal, izinkan sy copypes info psl sakit ni nk tempek kt blog sy jugak.....bulih??? sgt tertarik dgn info tersebut sbb sebelum ni sy tak tau..yg saya tau sakit adalah penghapus dosa2 kecik...itu aje....rupa2 byk hikmah di sebaliknya...

    ReplyDelete
  17. Assalamualaikum INA..

    Terima kasih atas nasihat Kak INA..
    Ajal maut di tangan TUHAN..
    Kita hanya mampu merancang,
    ALLAH yng menentukankan..

    AL Fatihah..

    ReplyDelete
  18. Assalamualaikum NORHAFIZA..

    Al Fatihah buat kawan rakan nih..

    Moga Allah menempatkan di tempat orang2 yg beriman dan beramal Soleh, mengampunkan dosa2nya yg lalu dan Mencucuri rahmat ke atas rohnya..

    ReplyDelete
  19. Assalamualaikum CIKCERIA....

    Allah lebih menyayangi hambanya..
    Moga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya.Ameen

    ReplyDelete
  20. Assalamualaikum RINNA..

    Mekasih atas nasihat RINNA..
    Allah lebih menyayangi dia..
    semoga rohnya berada bersama org2 yg beriman dan beramal soleh..Ameen..

    ReplyDelete
  21. Assalamualaikum SUZIE..

    TQ atas respon Suzie..Al fatihah untk arwah..

    Suzie nak maklumat sakit tu, copylah.
    kita share info sama2 moga bermanfaat..

    ReplyDelete
  22. Assalamualaikum SURISOLEHA....

    Ya..ajal maut di tangan tuhan..kita merancang dan Allah menentukan..Moga rohnya ditempatkan brsama2 orang2 yg beriman dan bramal Soleh..Ameen..Al fatiha..

    ReplyDelete
  23. alfatihah...semoga Allah permudahkan segala urusannye disane...dan ditempatkan golongan org2 yg beriman...

    ReplyDelete
  24. Innalillah. dan Alfatihah semoga arwah disisi org2 solleh.

    ReplyDelete
  25. Assalamualaikum AINNORAINI

    Moga begitulah hendaknya..
    Agar dipermudahkan urusannya di sana dan ditempatkan golongan org2 yg beriman.Ameen

    ReplyDelete
  26. Assalamualaikum MAMAWANA..

    Alfatiha..
    Moga rohnya dicucuri rahmat..Ameen

    ReplyDelete
  27. takziah dan al-fatihah utk sahabat awak tu. moga rohnya tenang dan ditempatkan dikalangan golongan org2 yg beriman. amin

    ReplyDelete
  28. Assalamualaikum NIEZZAREENA..

    Ameen..
    Allah lebih menyayangi arwah.
    Moga rohnya dicucuri rahmat..Ameen ameen Ya RABBAL Alamin..

    ReplyDelete