Wednesday, December 26, 2012

Surat Cheenta....

Assalamualaikum..
Cuti sudah sampai penghujungnya. 

Angin pagi 2013 yg sepoi2 bahasa  akan menjelang...perlu bersedia menerima kehadirannya dan membuang sisa-sisa karat yg melekat........

Hello, ibu Sal..Kena gerak awal untuk bertugas !!!.....

Hello, ibu Sal, hati-hati di jalan raya agar  surat Cheenta yg  cantik molek tu tak akan datang lagi !!!

Pesanan-pesanan dlm hati spt ini sgt bermakna dan berharga...

Ibu mencongak-congak dan memandang dua helai surat cheenta bernilai RM300.00 Itu pun kalau cepat bertindak...... kalau lambat maka akan jadi RM600.00....Hari tu  dpt dua helai surat ini berturut-turut, meminta ibu mengeluarkn wang secara paksa rela...terfikir, klu anak2 yg  seramai tiga orang di IPT dpt duit nih, sudah tentu mereka gembira kerana dpt digunakan untuk keperluan  pembelajaran.......

Semasa ke kaunter pembayaran hari tuh, ibu terpandang seorang kakak yang membayar 7 surat cheenta. akibat beliau memandu sedikit   laju ketika menghantar suaminya mendapatkan rawatan hemodialisis di hospital..Sudah jatuh ditimpa tangga, ditimpa pula si pasu bunga... Ketika keluarganya dihimpit pemasalahan kesihatan, dia dpt surat ni, kesian !!!

Sejujurnya..rasa mengantuk drive perlahan  terutama di kawasan  jalan raya sehala yg lapang dengan tiga line.........imagine  jika membawa kereta dengan kelajuan 60kmj & 70kmj dengan jarak yg agak jauh..........

Apa2 pun semua jdi kenangan.....pd 2013 perlu  meningkatkan kesopanan dan kesusilaan ketika memandu supaya pemanduan hanya di bawah kadar kelajuan 70kmj sahaja. Itu yg dibenarkan. Tpi jika ada peruntukan duit saman, silalah bawa laju......

Jika dulu boleh sampai ke tempat kerja dalam masa 15 minit, maka kini mengambil masa 25-30 minit  untuk sampai ke destinasi, .terimalah hakikat.....

Ok..sampai di sini dahulu..

Wednesday, December 19, 2012

Jangan Bersedih...

Assalamualaikum
Moga kita semua dalam rahmat dan perlindunganNya..

Lembaran demi lembaran dibuka dalam  buku ' Jangan Bersedih' ??. Isinya sangat menarik..sangat cool....

Pada individu yg selalu bersedih dan selalu dirundung malang, elok sangatlah membaca buku nih kerana isinya memberi motivasi kpd diri...tapi yang selalu bahagia pun bagus juga membacanya bagi menambah pengetahuan dan  untuk perkongsian ilmu...
Antara isinya ......Kesedihan boleh mengotori kehidupan..bagaikan suntikan beracun....mengakibatkan kelesuan, kemurungan,  kebingungan dan keluhan.....

Jangan bersedih kerana anda masih memiliki doa, anda boleh bersimpuh di hadapanNya memohon agar diberinya ketenangan. Anda juga masih memiliki waktu sepertiga akhir malam sebagai waktu mustajabah dan memiliki waktu untuk menyerahkan segala2nya kepada Allah ketika sujud.....

Jangan bersedih kerana Allah menciptakan bumi dengan segala isinya untuk anda..telah menumbuhkan tanam-tanaman yang menganugerahkan pemandangan indah, kebun-kebun yang berisi tumbuh-tumbuhan ...

Jangan bersedih kerana anda masih dapat meneguk air yang jernih, dapat menghirup udara segar, dapat berjalan dengan kedua kaki yang sihat dan masih dapat tidur  nyenyak pd malam hari....

...ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat (Al-Baqarah:214)

..sesungguhnya rahmat Allah sangat dekat kepada orang-orang yang berbuat baik (Al-A'raf:56)

Perbanyakkan istigfar agar anda menemui jalan keluar dan memperoleh ketenangan, rezki yg halal....

Oleh itu...duhai orang2 yang bersedih bangkitlah segera..sesungguhnya matahari telah terbit dan sambutlah  kemenangan anugerah Allah...

Sunday, December 16, 2012

Ning Pendatang..

Assalamualaikum
Secebis kisah: Ning Pendatang....

"Dasar penumpang..merempat..sekarang kau  jajah pulak  perasaan aku " Nisa memaki hamun.."Pap!" Nisa menampar pipi Ning. Ning tidak mengelak. Jauh sekali melawan..tubuh kurusnya kemudian   tersandar ke dinding dapur . Anak kembar Ning yang sentiasa setia  berada di sisi terjaga.. .

'Pap !!!" satu lagi tamparan singgah di belakang tubuh Ning. Jiwa binatang Nisa semakin merakus.  Ning merenung Nisa kemudian mengheret kakinya yg letih dan lesu. Ning berundur dalam renungan hati yg celik, menjeling sedih. Ning berjalan perlahan-lahan membawa hati sebak dengan rasa malang. Iris matanya yang jernih bercahaya seakan-akan ada nur yang begitu suci dan penuh doa mewangi untuk Nisa..

"Ya,Tuhan, ampunilah Nisa" Ning seolah-olah berbisik tulus dan mulus dari lubuk hati. Sedangkan Nisa pula telah mencampakkan naluri keibuan .. wajah saja yang cantik memikat ..perasaan empati terasa jauh  dan lembab tumbuh bercambah   ....

Dia selalu melayan Jiwanya yang tak keruan...bayangan Ning selalu berantakan dan mengacau  fikiran....

Sedangkan Suami ikhlas untuk menumpangkan Ning di rumah banglo itu. beriya-iya benar membawa Ning dan anak kembar berteduh. Suka atau tidak, Nisa  terpaksa akur  mengongsikan kehidupan harian dengan sang petualang di rumah !!!

Kotor..bisik hati Nisa..

Suatu hari anak kembar Ning tidak lena tidur kerana sakit. Suami bersusah payah bangun. Nisa dengar suami berbisik di celah pintu tetamu. Anak2 Ning didakap dengan kasih sayang dan belaian manja. Cemburu?? sudah pasti...Suami sanggup meninggalkan bilik semata-mata mendahulukan anak-anak Ning yang hanyir dan berhidung lembap,  bernafas busuk, bermata jernih serta tak habis-habis menagih simpati...

'Kita perlu jaga perasaan Ning dengan ikhlas...dapat pahala..' Nisa terkebil-kebil  mendengar syarahan suami .Auranya amat lembut...tahap keperihatinan suami mula meningkat.. kualiti kebapaan mula terserlah berikutan keinginan sang suami  untuk memiliki  zuriat spt Ning ...lalu Nisa perlu bersedia kehilangan hak. ... Hak mutlak seorang  wanita yang dikongsi-kongsikan..Cebisan hatinya  mula dirobek apabila memikirkan tentang ketidakselesaan...... 

'Apa yang kita makan, Ning berhak dapat'. kata suami..sambil menghulurkan  susu segar dan ayam goreng buat Ning. Nisa terasa tercabar  apabila  melihat suami mengkhususkan makanan  kepada  makhluk pendatang...

Makhluk pendatang juga  telah mengubah perwatakan suami. Dari seorang yang tidak lekat di rumah, kini sering pulang awal dari kerja semata-mata mahu melihat anak-anak. Anak-anak Ning...bukan anak-anak Nisa...seribu tahun lagikah Nisa perlu hidup dibayangi rasa kebencian..???

Kasih suami sudah tertumpah pada anak-anak Ning  malah lebih jauh lagi ....Suami mula membentang sejadah, mula membilang biji-biji tasbih ..mula merayu kepada Nisa dengan membelikan  sepasang telekung .. 'Kita ini gagah dan kuat...ikhlas  menjaga anak2 Ning kerana Allah'....pujuk suami.. Nisa  menurut perintah walau berat.....memulakan posisinya di belakang suami yang bertindak sebagai pemimpin. Akhirnya meringankan kaki.... Ning  berada di sisi seolah2 pembakar semangat....nikmat dan hikmah berjemaah mula   dirasakan bersatu di rumah banglo itu....

Rahmat Allah....doa suami termakbul apabila doktor memberitahu Nisa mengandung lima minggu.....suami dan Nisa terharu....

Hati Nisa berbunga riang... Sebagai hadiah Nisa menghulurkan  susu segar untuk Ning sambil terintai2 melihat Ning yang sedang menyusukan anak....simpati mula menerjah..diusap2 kepala si anak-anak dengan penuh kasih sayang..tersenyum sumbing melihat anak-anak Ning membesar, nakal dan riang.  

'Betul kata orang ye abang..kucing pembawa rezki. Rumah yang ada memelihara kucing, banyak rezki yang masuk. Alhamdulillah Allah pilih rumah kita' Bicara Nisa menjadi lembut. Dia sudah mengapai hatibudinya lalu memberi pengiktirafan Ning untuk menjadi sebahagian drp kehidupan...

Demi kasih sayang yang sejati dan abadi, Nisa sanggup berkongsi kasih dengan Ning dan anak-anaknya!!!.

Friday, December 14, 2012

Doa Nabi Yunus..

Assalamualaikum..
Hari ini kita berkongsi doa Nabi Yunus..


~ Tiada Tuhan melainkan Engkau (ya Allah) Maha suci Engkau
Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang yang menaniaya diri sendiri~

Pada peringkat permulaan mungkin boleh dibaca sekali dua ..
kemudian dijadikan amalan..... 

Ketika dilanda musibah dan kesukaran lebih kerap dibaca agar menjadi penawar hati yang resah....sambil memohon supaya mendapat ketenangan dan  mengeluarkan kita daripada kesukaran ..moga menjadi hamba yang lebih bersyukur..Amin..

Tuesday, December 11, 2012

Dia pesakit Kanser...

Assalamualaikum
Moga kita semua dalam perlindungan-Nya dan diberi kesihatan yang baik..
Berikut mengenai cerita pesakit payu dara....
terkesan hati mengongsi kisahnya....

Ketika bermastautin di As, Dina  sempat  mengenali Liana, seorang pesakit kanser,  yang berasal dari Malaysia ...

Waktu itu pertengahan musim luruh di Vermont As, Dina ke Klinik Pakar Payu dara. Hatinya resah gelisah. Dirasakan penantiannya bertemu doktor sgt lama.. Di luar sana, Dina dapat melihat dedaun pelbagai warna jatuh berguguran dari pokok maple melayang-layang memenuhi taman. Udaranya yang sejuk ketika melintasi taman sudah tidak menyegarkan..Keindahan taman yang dihampari dedaun kering sudah tidak dapat mententeramkan jiwanya..

Di klinik itulah Dina bertemu Liana seorang pesakit kanser, non Muslim yg banyak memotivasikan dirinya..

"Cantik, kan musim luruh ni??" sapa Liana..Mata birunya yang bundar itu, bercahaya walaupun kelihatan lebam di bawah mata ...

"Bolehlah.. tapi tak lama lagi musim sejuk. Daun-daun gugur menyebabkan hati saya semakin sedih" jawab Dina yang tidak dapat menyembunyikan perasaannya. Bimbang dan murung melanda diri  ...

"Musim sejuk pun cantik juga. Awak boleh bermain-main dengan seronoknya"..kata Liana meyakinkan. Walaupun sakitnya  kritikal, dia tetap  tenang..

"Saya tak suka salji. Sejuk dan suram" Dina mengeluh. Keresahan mula menguasai hati berikutan kehadiran ketulan di payu dara yg baru dikesan...

"Dina....rasa sejuk dan suram itu cuma dalam minda kita sahaja. Kalau awak fikir sejuk, awak akan rasa sejuk..Pada saya, musim sejuk menenangkan fikiran ..Saya tak fikir langsung akan kesejukannya..apa yang difikirkan hanyalah bagaimana boleh saya menggembirakan anak-anak di musim ini" kata Liana. Dia terus bercerita tentang keseronokan bermain salji, tentang keindahan salji yang turun ke bumi, tentang salji memutih bak hamparan permaidani...

 "Menurut doktor, saya hanya boleh menikmati tiga musim sejuk saja lagi " Liana menambah...wajahnya yg bersahaja itu sangat tenang . Dia membuang pandangan jauh...

Setelah lama mendiamkan diri..Liana membuka mulut lagi  " Dua tahun lepas, saya dibedah untuk membuang ketulan payu dara, sekarang ia merebak ke dalam sistem limfa pula. Doktor dah tak boleh buat apa-apa lagi. Apa yang boleh saya buat sekarang ialah bergembira dengan apa yang ada, hingga nyawa saya diambil semula.....".

Dina renung anak mata Liana dalam-dalam. jiwanya terusik dengan pengakuan itu..namun kagum dengan kekebalan hati Liana. Sudah pasrahkah Liana..lantarannya penyakit yg serius itu tidak mengugah  emosinya????..

Sebenarnya derita selalu melanda hidup Liana. Dia anak yatim. Berkahwin ketika menjangkau 18 tahun. Dia mempunyai anak kembar lelaki. Liana suri  rumah sepenuh masa. Tapi malangnya suami yang diharapkan kaki minum dan kaki pukul. Rumah sewa tidak berbayar menyebabkan dia dihalau keluar drp rumah sewa.. Tak tahan, akhirnya dia bercerai dengan suami.

Liana membawa haluan. Demi kelangsungan hidup dan untuk membesarkan anak kembarnya, dia bekerja. Tanpa menghiraukan kesulitan yang membebani hidupnya, dia mengambil kursus sambilan dalam bidang komputer pada hujung minggu. Berbekalkan kemahiran baru, dia diterima bekerja sebagai penolong pembantu tadbir di sebuah syarikat kecil. Bekas suaminya tidak pernah langsung memberi wang sara hidup anak...

Saat  hidupnya kembali bersinar, kebahagiaan Liana saolah-olah diragut semula dengan penemuan kanser payu dara... Dia terpaksa menjalani kemoterapi yang mengurangkan daya tahan tubuh terhadap serangan penyakit dan jangkitan. Kanser telah merebak ke seluruh badan. Namun dia tetap bangun membina kehidupan yg pincang. Tabah menempuh derita. Liana terus bekerja selagi terdaya. Dia langsung tidak patah semangat. Masa berkualitinya juga digunakan sepenuhnya bersama anak-anak....

Suatu hari ketika bertemu Liana, Dina hampir menitis air mata...Liana sangat kurus..Pergelangan tangannya pipih, tinggal tulang..Rambutnya jarang hingga menampakkan kulit kepala. Lebam di bawah matanya semakin membesar. Bibirnya tidak mekar merah .. pucat dan hambar. Hanya matanya sahaja yang tetap cantik seperti dahulu..

Namun ..dia  belum mengalah..Kehidupan harus diteruskan seadanya...

Dina mengingati pesanan Liana bahawa "Kita masih boleh gembira apabila menukar cara kita melihat kehidupan ....".Kata-kata Liana memberi semangat kepada Dina...

Sunday, December 9, 2012

Pullman, Putrajaya..

Assalamualaikum..
Bismilahirahmanirahim..
Baru berkesempatan merakam cerita di awal percutian..
setelah mengingat kembali jalan2 cari makan hari tu..

Di awal cuti, kami sempat mengisi masa
 berjalan-jalan menghirup angin Pullman, Putrajaya.. 
ke destinasi ini  kerana  mengikut adik yg ada  tugas ....
kata orang, sambil menyelam minum air ..

Pada waktu itu, sayangnya bateri camera  lupa nk cas..
Jadi, alternatif-nya, ambil  sumber foto daripada En. Google..
harap maaf yee.....

Sebelum ke sana, anak saudara yg bekerja di Putrajaya sempat memberitahu
bahawa tempat ini  cantik dan menarik.....

cantik???..ya ..bangunannya berkonsep moden dan kontemporari menampilkan
seni bina tradisional, cina, Melayu dan India yg bercirikan ekslusif....
Istimewanya tempat ni kerana ada tasik dan kolam renang  dan lain2..
untuk orang yg ingin beristirehat..melupakan ceruk pikuk kesibukan kota....
mendongak...sayup2 nampak bumbungnya..

antara bangunan pullman..
melihat hotelnya dari jauh..


melintasi  kawasan bangunannya yg luas..
Suasana santai di kolam renang..
Panorama persekitaran tasiknya yg damai..

Setelah  mengintai-ngintai pemandangan di situ ..
dengan keindahannya yang boleh merehatkan minda....
kami pun pulang....

Saturday, December 8, 2012

Pisang Kaki..

Assalamualaikum...
Hari ni bercerita tentang pisang kaki..

Pisang kaki, nama diberi..
Buahnya licin  manis sekali...
Sekali merasa teringin lagi..
warna oren memikat hati...
rupanya seakan-akan tomato.. 
setelah dihiris-hiris..
lama sangat  kat peti sejuk..saya cuba buat jus dan jelly..

Cara2 Membuatnya..
Jus Pisang kaki : caranya kisar tiga pisang kaki ni, dua sudu gula pasir
 dan 1 gelas air. Setelah semuanya selesai dikisar,
Simpan di peti sejuk dulu..kemudian barulah diminum.
Kalau rasa pekat dan likat sangat...
boleh juga tambah air lagi...ikut taste..

Jelly Pisang kaki : caranya kisar dua pisang kaki, tiga sudu gula,
tiga sudu susu tepung, air putih 3/4 gelas. Selepas dikisar masuk ke dalam bekas.
Simpan dalam peti sejuk. Boleh diminum setelah 1 jam.
Rasa Jelly pisang kaki ni manis, kenyal2 dan lembut..


Friday, December 7, 2012

Top Cancer Causing Foods...

Assalamualaikum..
Semoga Allah mengurniakan rahmat dan kasih sayang-Nya buat kita..

Cuba mengingat kembali makanan semalam dan kelmarin yg dijamah ....
makanan asli atau makanan proses/segera??

Apa pula makanan kegemaran anak2 kita???

Mostly, anak2 kita sukakan hotdog, doughnuts, cake,
 kentang goreng, chips, cookies & crackers, instant food...
kalau pergi ke kompleks membeli belah, ada je makanan spt ini yg dibeli....

Actually this food unhealthy....
v
v
v
Top cancer causing food   
and
top anti cancer foods
p/s : Share this infomation with family ..
it doesn't matter if they won't listen..
at least we care..

Thursday, December 6, 2012

Doa kebahagiaan Keluarga ..

Assalamualaikum

Doa kebahagiaan keluarga dan 
untuk mendapat anak yang soleh..amin..

maksudnya..
Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami pasangan kami
dan keturunan kami sebagai penyenang hati, dan jadikanlah 
kami pemimpin bagi orang-orang yang bertakwa..

Tuesday, December 4, 2012

Doa Angin Ahmar dan sejarahnya

Assalamualaikum
Teringat suatu masa dulu, arwah ibu berpesan
supaya membaca doa ini ..
tapi, ketika itu, saya kurang peka dan sibuk sangat dengan hal2 lain....
doa yang dimaksudkan itu adalah doa angin akhmar..

Angin ahmar atau stroke bermaksud lumpuh..

Kebiasaannya penyakit ini menyerang seseorang yg lanjut usianya terutama pesakit  kencing manis, darah tinggi, sakit jantung dan darah pekat (polisitemia) yang kronik. Antara penyebabnya adalah saluran darah dalam otak pecah atau tersumbat kerana faktor pembekuan darah dan kolestrol .

Stroke juga berpunca daripada Jin??
Pernah terbaca ceritanya ???

Sejarah awal Rihul Ahmar/angin Ahmar..
Suatu hari Al-Hassan, cucunda Nabi Muhammad SAW telah mengidap penyakit rongga, darah keluar dari mulutnya. Malaikat Jibril AS menemui baginda memberitahu bhw cucunda baginda terkena Rihul Ahmar. Kemudian Jibril memberikan satu doa  kepada baginda.

Akhirnya cucunda Nabi Muhammad SAW telah sembuh daripada penyakit yang dideritainya setelah dibacakan doa tersebut...

Rasulullah SAW bersabda kepada para sahabat agar mempelajari doa tersebut dan mengajar kepada umatnya supaya menjadi benteng kepada penyakit Rihul Ahmar, dengan izin Allah..

Sejarah Rihul Ahmar sebenarnya sudah ditemui di zaman pemerintahan Nabi Sulaiman A.S lagi..

Ketika semua makhluk termasuk binatang dan segala jenis jin tunduk kepada Nabi Sulaiman A.S. Muncul seekor JIN yang bernama "Rihu, Akhmar" yang enggan tunduk kepada Nabi Sulaiman A.S. Besarnya seumpama saiz sebatang pokok...

'siapa kamu'
Maka dijawab olehnya 'saya adalah Rihul Ahmar'

Tanpa mahu tunduk tanda hormat, dia terus menghilangkan diri daripada Nabi Sulaiman A.S. Ia muncul kembali menyerang Saidina Hassan R.A . Wallahu'Alam.

Doa Rihul Ahmar
ِุจِุณْู€ู…ِ ุงู„ู„ู‡ِ ุงู„ุฑَّุญْู…َู†ِ ุงู„ุฑَّุญِูŠْู…

ูˆَุจِู‡ِ ู†َุณْุชَุนِูŠْู†ُ ุจِุณْู€ู…ِ ุงู„ู„ู‡ِ ูˆَุจِุงู„ู„ู‡ِ ูˆَู…ِู†َ ุงู„ู„ู‡ِ ูˆَุฅِู„َู‰ ุงู„ู„ู‡ِ ูˆَุงู„ْุญَู…ْุฏُ ู„ِู„َّู‡ِ ูˆَู„ุงَ ุฅِู„َู‡َ ุฅِู„ุง ุงู„ู„ู‡ ูˆَุงู„ู„ู‡ُ ุฃَูƒْุจَุฑُ ูˆَุงَุนَู€ุฒُّ ูˆَุงَุฌَู„ُّ ู…ِู…َّุง ุงَุฎَุงูُ ูˆَุฃَุญْุฐَุฑُ . ุงَู„ู„ู‡ُ ุฃَูƒْุจِุฑْ ูƒَุจِูŠْุฑًุง ، ูˆَุงู„ْุญَู…ْุฏُ ู„ِู„َّู‡ِ ูƒَุซِูŠْุฑًุง ، ูˆَุณُู€ุจْุญَุงู†َ ุงู„ู„ู‡ِ ุจُูƒْุฑَุฉً ูˆَุฃَุตِู€ูŠْู„ุง . ุจِุณْู€ู…ِ ุงู„ู„ู‡ ุงู„ْุดَّุงูِู‰ ุจِุณْู€ู…ِ ุงู„ู„ู‡ِ ุงู„ْูƒَุงูِู‰ ุจِุณْู€ู…ِ ุงู„ู„ู‡ِ ุงู„َّุฐِู‰ ู„ุง ูŠَุถُุฑُّ ู…َุนَ ุงุณْู…ِู‡ِ ุดَุฆُ ูِู‰ ุงู„ุงَุฑْุถِ ูˆَู„ุง ูِู‰ ุงู„ْุณَّู…َุงุกِ ูˆَู‡ُูˆَ ุงู„ْุณَّู…ِูŠْุนٌ ุงู„ْุนَู„ِู€ْูŠู… . ูˆَู†ُู†َุฒِّู„َ ู…ِู†َ ุงู„ْู‚ُุฑْْุกَุงู†ِ ู…َุงู‡ُูˆَ ุดِูَุงุกٌ ูˆَุฑَِุญْู…َุฉٌ ู„ِู„ْู…ُุคْู…ِู†ِูŠْู†َ. ุงَู„ู„َّู‡ُู…َّ ุฃู†ุงََ ุงู„ุฑَّุงู‚ِู‰ ูˆَุงَู†ْุชَ ุงู„ุดَّุงูِู‰ุฃَุนُูˆْุฐُุจِูƒَ ู…ِู†ْ ุดَุฑِّู…َุง ู‚َุถَูŠْุชَ. ุงู„ู„ู‡ُ ุฃَูƒْุจَุฑْ ุงู„ู„ู‡ُ ุฃَูƒْุจَุฑْ ุงู„ู„ู‡ُ ุฃَูƒْุจَุฑْ ุฃَูŠُّู‡َุง ุงู„ْู…َู„َูƒَุงู†َ ุงู„ุฃَูƒْุจَุฑَุงู†َ ุฃَุนُูˆْุฐُ ุจِุงู„ู„ู‡ِ ุฑَุจِّู‰ ูˆَุฑَุจُّูƒُู…َุง ูˆَุฎَุงู„ِู‚ِู‰ ูˆَุฎَุงู„ِู‚ِูƒُู…َุง ูˆَู…ُุตَูˆِّุฑِู‰ ูˆَู…ُุตَูˆِุฑَูƒُู…َุง ุฎَุงู„ِู‚ِ ุงู„ْุตُّูˆَุฑِ ูˆَุฑَุงุฒِู‚ِ ุงู„ْุจَุดَู€ุฑِ.ุฃَุนُูˆْุฐُ ุจِุงู„ู„ู‡ِ ู…ِู†ْ ุฌَู…ِูŠْุนِ ุงู„ุขูَุงุชِ ูˆَุงู„ْุนَุงู‡َุงุชِ ูˆَุงู„ْุจَู„ุงَุกِ ูˆَุงู„ุฃู…ْุฑَุงุถِ ูˆَุงู„ุฃุณْู‚َุงู…ِ ูˆَุงู„ْูƒَุณَู„ِ ูˆَุงู„ْุฎُู…ُูˆْุฏِ ูˆَุงู„ْุฎَุจَุงู„ِ. ุงَุนِุฐْ ุญَุงู…ِู„ْ ูƒِุชَุงุจِู‰ ู„ِู‡َุงุฐَุง ุจِุงุณْู€ู…ِูƒَ ุงู„ْุนِุธَุงู…ِ ูˆَุขู„ุขุฆِูƒَ ุงู„ุชَّู…َุงู…ِ ูŠَุง ุฐَุง ุงู„ْุฌَู„ุงู„ِ ูˆَุงู„ุฅูƒْุฑَุงู…ِ ูŠَุง ู…َู†ْ ู„َู‡ُ ุงู„ْู…ُู„ْูƒُ ูˆَุงู„ْู…َู„َูƒُูˆْุชُ ูŠَุงู…َู†ْ ู„َู‡ُ ุงู„ْุฌَู„ุงู„ُ ูˆَุงู„ْุฌَุจَุฑُูˆْุชُ. ุณُุจْุญَุงู†َูƒَ ู…َุง ุฃَุนْุธَู…َ ุดَุฃู†ُูƒَ ูŠَุง ูَุงุทِุฑِ ุงู„ุณَّู…َูˆَุงุชِ ูˆَุงู„ุฃุฑْุถِ، ูŠَุงู…َู„ْุฌَุงุกَ ุงู„ْู…َู„ْู‡ُูˆْูِูŠْู†َ ูŠَุงَุฑْุงุญَู…َ ุงู„ْู…َุณَุงูƒِูŠْู†َ ูŠَุงุฐَุง ุงู„ْุนَุธَู…َุฉِ ูˆَุงู„ْุณُّู€ู„ْุทَุงู†َ ، ูŠَุงุฐَุง ุงู„ْุฑَุฃْูَุฉِ ูˆَุงู„ุฅِุญْุณَุงู†ِ. ูŠَุง ุญَู†َّุงู†ُ ูŠَุง ู…َู†َّุงู†ُ ูŠَุง ู‚ََุงู‡ِุฑُ ู„ุงูŠُู‚ْู‡َุฑُ ูŠَุงุฌَุงุฆِุฑُ ู„ุงูŠُุฌَุงุฑُ ุนَู„َูŠْู‡ِ . ุฃَุนُูˆْุฐُุจِูƒَ ู…ِู†ْ ุนَุฐَุงุจِ ุงู„ْุจَุฏَู†ِ ูˆَุงู„ْู…ِุญَู†ِ ูˆَุฃَุนُูˆุฐُุจِูƒَ ู…ِู†َ ุงู„ุฑِّูŠْุฎِ ุงู„ุฃุญْู…َุฑِ ูˆَู…ِู†َ ุงู„ุฏَّุงุกِ ุงู„ุฃูƒْุจَุฑِูِู‰ْ ุงู„ู†َّูْุณِ ูˆَุงู„ุฑُّูˆْุญِِ ูˆَุงู„ุฏَّู…ِ ูˆَุงู„ู„َّุญَู…ِ ูˆَุงู„ْุนِุธَู…ِ ูˆَุงู„ْุฌِู„ْุฏِ ูˆَุงู„ْุนَุฑُูˆْู‚ِ ูˆَุงู„ْุนَุตْุจِ ، ุณُุจْุญَุงู†َูƒَ ุฅِุฐَุง ู‚َุถَูŠْุชَ ุฃَู…ْุฑًุง ูَุฅِู†َّู…َุง ุชَู‚ُูˆْู„ُ ู„َู‡ُ ูƒُู†ْ ูَูŠَูƒُูˆُْู†. ุงَู„ู„ู‡ُ ุฃَูƒْุจَุฑْ ุงَู„ู„ู‡ُ ุฃَูƒْุจَุฑُ ุงَู„ู„ู‡ُ ุฃَูƒْุจَุฑُ . ูŠَุง ุจَุงุฑِู‰ุกُ ูŠَุงุจَุฑُّ ูŠَุงู…ُุบِูŠْุซُ ูŠَุงุฌَุจَّุงุฑُ ูŠَุงู‚َู‡َّุงุฑُ ูŠَุงู‚َุงุณِุทُ ูŠَุงู…ُู‚ุณِุทُ ูŠَุงู‚ََุงุฆِู…ًุง ุจِุงู„ْู‚ِุณْุทِ ูŠَุงุตَุฑِูŠْุฎَ ุงู„ْู…ُุณْุชَุตْุฑِุฎِูŠْู†َ ูŠَุงู…ُุจْุฏِู‰ุกُ ูŠَุงู…ُุนِูŠْุฏُ ูŠَุงุฏَุงูِุนُ ูŠَุงูƒَุงูِู‰ ูŠَุงุดَุงูِู‰ ูŠَุงู…ُุนَุงูِู‰ ูŠَุงุบَูŠَุงุซَ ุงู„ْู…ُุณْุชَุบِูŠْุซِูŠْู†َ . ูŠَุงุดَุงูƒِุฑُ ูŠَุงุดَูƒُูˆْุฑُ ูŠَุงุนَุทُูˆْูُ ูŠَุงุฑَุคُูˆْูُ ูŠุงَู†َุงุตِุฑُ ูŠَุงู†َุตِูŠْุฑُ ูŠَุงู‚َุงุฏِุฑُ ูŠَุงู…ُู‚ْุชَุฏِุฑُ ูŠَุงุงَู‡ْูŠَุง ูŠَุงุดَุฑَุงู‡ِูŠَุง ุงَุฏْูˆَู†َุงู‰َ ุงَุตْุจَุงุคُุชَ ุขู„َ ุดَุฏَّุงู‰ْ ุงَู„ْูˆَู‡َูŠْู…َ. ูŠَุงุจُูŠُูˆْู†َุงุดَู…ْุฎِูŠَّุง ูŠَุง ุดَู…ْุฎِูŠْุซَุง ูŠَุงุนَุธِูŠْู…ُ ูŠَุงู…ُู‚َุฏِّู…ُ ูŠَุงู…ُุคَุฎِّุฑُ ูŠَุงุญَู‰ُّูŠَุงู‚َูŠُّูˆْู…ُ ูŠَุงู‚ََุงุฆِู…ًุง ุนَู„َู‰ ูƒُู„ِّ ู†َูْุณٍ ุจِู…َุง ูƒَุณَุจَุชْ ูŠَุง ุณَูŠِّุฏَุงู‡ْ ูŠَุงู…َูˆْู„ุงู‡ُ ูŠَุงู…َุงู„ِูƒَุงู‡ ูŠَุงุบَุงูŠَู‡ ูŠَุงุฑَุบَุจَุงู‡ ูŠَุงู…َู†ْ ูŠَุนْู„َู…ُ ู…َุง ู†ُุฎْูِู‰ ูˆَู…َุง ู†ُุนْู„ِู†ُ ، ูŠَุง ุฃَุญْูƒَู…َ ุงู„ْุญَุงูƒِู…ِูŠْู†َ. ูŠَุง ูˆَู„ِู‰ُّุงู„ْู…ُุคْู…ِู†ِูŠْู†َ ูŠَุง ุนَูˆْู†َ ุงู„ْุถُّุนَูَุงุกِ ูˆَุงู„ْู…َุณَุงูƒِูŠْู†َ ูŠَุงูƒَุงูِู‰ ุงู„ْู…ُุชَูˆَูƒِّู„ِูŠْู†َ ูŠَุง ู…ُูƒَุฑِّุฑَุงู„ْู„َّูŠْู„َ ุนَู„َู‰ ุงู„ْู†َّู‡َุงุฑِ ูˆَุงู„ْู†َّู‡َุงุฑِ ุนَู„َู‰ ุงู„ْู„َّูŠْู„َ ูŠَุงู‚ََุงู‡ِุฑَ ูƒُู„ِّ ุดَูŠْุทَุงู†ٍ ู…َุฑِูŠْุฏٍ ูŠَุงู‚َุงู‡ِุฑَูƒُู„َّ ุฌَุจَّุงุฑٍ ุนَู†ِูŠْุฏٍ . ูŠَุงู†ِุนْู…َ ุงู„ْู…َูˆْู„ู‰َ ูˆَูŠَุงู†ِุนْู…َ ุงู„ْู†َّุตِูŠْุฑ،ูŠَุงุฑَุงุฒِู‚َ ุงู„ุทِّูْู„ِ ุงู„ุตَّุบِูŠْุฑِ، ูŠَุงَุฑَุงุญِู…َ ุงู„ุดَّูŠْุฎِ ุงู„ْูƒَุจِูŠْุฑ، ูŠَุง ูˆَู„ِู‰َّ ุงู„ْู…ُุคْู…ِู†ِูŠْู†َ، ูŠَุงุฅِู„َู‡َ ุงู„ุงุคَّู„ِูŠْู†َ ูˆَุงู„ْู„ุขุฎِุฑِูŠْู†َ ูŠَุง ุญَุจِูŠْุจَ ุงู„ุชَّูˆَุงุจِูŠْู†َ ูŠَุง ุงَุฑْุญَู…َ ุงู„ุฑَّุงุญِู…ِูŠْู†َ. ูŠَุงุฎَูŠْุฑَ ุงู„ْุบَุงูِุฑِูŠْู†َ ูŠَุงุฎَูŠْุฑَ ุงู„ْูˆَุงุฑِุซِูŠْู†َ ูŠَุง ุฎَูŠْุฑَ ุงู„ْูَุงุตِู„ِูŠْู†َ ูŠَุงู…َุงู„ِูƒِ ูŠَูˆْู…ِ ุงู„ุฏِّูŠْู†َ . ุงَู„ู„َّู‡ُู…َّ ุฅِูŠَّุงูƒَ ู†َุนْุจُุฏُ ูˆَุฅِูŠَّุงูƒَ ู†َุณْุชَุนِูŠْู†َ ูˆَุนَู„َูŠْูƒَ ู†َุชَูˆَูƒَّู„ُ ูˆَูِูŠْูƒَ ู†َุฑْุบَุจُ ูˆَูِูŠْู…َุง ู„َุฏَูŠْูƒَ ู†َุฑْุฌُูˆْ ูˆَู…ِู†ْูƒَ ู†َุฎَุงูُ . ุงَู„ู„َّู‡ُู…َّ ุงูƒْูِู†ِู‰ْ ุฌَู…ِูŠْุนَ ุงَู„ุขู„ุขู…ِ ูˆَุงู„ุฃุณْู‚َุงู…َ ูˆَุฌَู…ِูŠْุนَ ุงู„ุฃู…ْุฑَุงุถِ ูˆَุงู„ْุนِู„َู„ِ ูˆَุงู„ุฏَّู…ِ ุงْู„ุฃَุณْูˆَุฏِ. ุงَู„ู„َّู‡ُู…َّ ุงูƒْูِู†ِู‰ ุงู„ุฏَّุงุกَ ุงَู„ุฃูƒْุจَุฑْ ูˆَุงู„ุฑِّูŠْุญَ ุงْู„ุฃุญْู…َุฑَ ูˆَุงู„ุฏَّู…َ ุงْู„ุฃุตْูَุฑَ ูˆَุฌَู…ِูŠْุนَ ุงْู„ุขูَุงุชِ ูˆَุงู„ْุนَุงู‡َุงุชِ ูˆَุงู„ุณَّูƒِْุชَุฉَ ูˆَุงู„ْู‡َู…َّ ูˆَุงู„ْุบَู…َّ ูˆَุงู„ْุฎُุฒْู†َ ูˆَุงู„ุณَّุฌْู†َ . ุงَู„ู„َّู‡ُู…َّ ุงูƒْูِู†ِู‰ ุดَุฑَّ ุงู„ْุญُูˆْุดِ ูˆَุงู„ْู‡َูˆَุงู…ِ ูˆَู…ُุดَุงุญَู†َุฉَ ุงู„ْุนَูˆَุงู…ِ ูˆَุงْู„ุฅู†ْู‡ِุฒَุงู…ِ ูˆَุดَุฑَّ ุงู„ْุดَّูŠْุทَุงู†ِ ูˆَุงู„ุณُّู„ْุทَุงู†ِ ูˆَุงู„ْู‚َุญْุทِ ูˆَุงู„ْุบَู„ุงุกِ ูˆَุงู„ุฒِّู„ْุฒَุงู„ِ ูˆَุงู„ْุจَู„ุงุกِ ูˆَู‡َุฏَู…َ ุงู„ْุจِู†َุงุกِ ูˆَุดَู…َุงุชَุฉِ ุงْู„ุฃุนْุฏَุงุกِ. ุงَู„ู„َّู‡ُู…َّ ุงูƒْูِู†ِู‰ْ ุดَุฑَّุงْู„ุฃุดْุฑَุงุฑِ ูˆَูƒَูŠْุฏِ ุงู„ْูُุฌَّุงุฑِ ูˆَู…َุง ุงุฎْุชَู„َูَ ุนَู„َูŠْู‡ِ ุงู„ْู„َّูŠْู„ُ ูˆَุงู„ْู†َّู‡َِุงุฑُ ุฅู„ุง ุทَุงุฑِู‚ًุง ูŠَุทْุฑُู‚ُ ุจِุญَูŠْุฑً ูŠَุง ุฃَุฑْุญَู…َ ุงู„ุฑَّุงุญِู…ِูŠْู†َ . ุฃَุนُูˆْุฐُุจِูƒَ ู…ِู†ْ ุดَุฑِّูƒُู„ِّ ุฏَุงุจَุฉٍ ุงَู†ْุชَ ุขุฎِุฐُ ุจِู†َุงุตِูŠَุชِู‡َุง ุฅِู†َّ ุฑَุจِّู‰ْ ุนَู„َู‰ْ ุตِุฑَุงุทٍ ู…ُุณْุชَู‚ِูŠْู… . ุงَู†ْุชَ ุฑَุจِّู‰ْ ูˆَุนَู„َูŠْูƒَ ุชَูˆَูƒَّู„ْุชُ ูˆَุงَู†ْุชَ ุญَุณْุจِู‰ْ ูˆَู†ِุนْู…َ ุงู„ْูˆَูƒِูŠْู„، ู†ِุนْู…َ ุงู„ْู…َูˆْู„َู‰ْ ูˆَู†ِุนْู…َ ุงู„ْู†َّุตِูŠْุฑ . ูˆَู„ุงุญَูˆْู„َ ูˆَู„ุงู‚ُูˆَّุฉَ ุฅِู„ุง ุจِุงู„ู„ู‡ِ ุงู„ْุนَู„ِู‰ِّ ุงู„ْุนَุธِูŠْู…ِ ูˆَุญَุณْุจُู†َุง ุงู„ู„ู‡ ูˆَู†ِุนْู…َ ุงู„ْูˆَูƒِูŠْู„ ู†ِุนْู…َ ุงู„ْู…َูˆْู„َู‰ْ ูˆَู†ِุนْู…َ ุงู„ْู†َّุตِูŠْุฑ . ุงَู„ู„ู‡ُ ุงู„ْูƒَุงูِู‰ ุงَู„ู„ู‡ُ ุงู„ْุดَّุงูِู‰ْ ุงَู„ู„ู‡ُ ุงู„ْุญَุงูِู‰ْ . ูˆَุตَู„َّู‰ ุงู„ู„ู‡ُ ุนَู„َู‰ ุณَู€ูŠِّุฏِู†ู€َุง ู…ُุญَู…ู€َّุฏ ูˆَุนَู„َู‰ ุขู„ู€ِู‡ِ ูˆَุตَู€ู€ุญْุจِู‡ِ ูˆَุณَู€ู€ู„َู…ْ ูˆَุงู„ْุญَู€ู…ْุฏُ ู„ِู„َّู€ู€ู‡ِ ุฑَุจِّ ุงู„ْุนَู€ู€ุงู„َู…ِูŠْู†َ 
Selamat beramal..

Sunday, December 2, 2012

Majlis Perkahwinan Anak Saudara

Assalamualaikum
Syukur Alhamdulillah dengan limpah kurniaNya..
Majlis perkahwinan anak saudara, Asraf dengan isterinya Ann
telah berjalan dengan lancar. Majlis perkahwinan  sebelah pengantin perempuan ini
telah diadakan di Dewan Jubli Intan, Johor Bahru..


ibu pengantin lelaki sedang menepung tawar..

kek..
pengantin lelaki..Asraf..
tempat duduk tetamu..
pulut kuning...

 Sementara itu, majlis resepsi  akan diadakan di rumah kakak
 pd minggu hadapan..In sya Allah..

Majlis Pernikahan Ank Saudara.

Assalamualaikum
Syukur Alhamdulillah..
Pada 1 Dec 2012 yang lalu..
Majlis  pernikahan anak saudara, Ashraf dengan isterinya Ann
telah pun disempurnakan di Masjid Majidi Johor bahru..