Thursday, April 29, 2010

Di Pagi Yang Hening

 Sesungguhnya dalam kehidupan ini kita memang perlu berhati -hati kerana kadangkala dipertemukan dengan  perkara2 yang tidak disangka-sangka ..Saya juga tak lepas mengalami dugaan tersebut ....

Di pagi yang hening itu, sudah niatku untuk hadir awal ke tempat bertugas.Tepat pukul 6.30 pagi saya sudah membuka pintu pagar kemudian start kereta. Perjalanan ke sana cuma mengambil masa lebih kurang 15 minit sahaja.....
Dengan memandu pada kelajuan  60 kmj, saya melalui jalan dalam dan kenderaan belum begitu banyak. Suasana masih gelap namun lampu jalan membantu menerangkan jalan dengan melimpahkan cahayanya. Dalam perjalanan suram itu ..tiba2 saya dikejutkan dengan  bunyi 'prang' di jalan raya berdekatan dengan kawasan perumahan itu...

 Hati tiba2 tak sedap...macam ada sesuatu yang menarik2 untuk berpatah balik. Jadi kereta yang dipandu diperlahankan kemudian membeluk ke kawasan perumahan itu lalu pergi ke tempat kedengaran bunyi, kira2 1/4km jauhnya.......
Apabila menjenguk keluar.. terlihatlah seorang murid berbaju putih berseluar hijau tahi lembu terhenjut2 memegang tangannya. Beberapa murid yang berada di situ memberitahu bahawa budak tersebut jatuh motor..

Kemudian saya memberhentikan kereta ..si mangsa dengan muka kesian menunjukkan tangannya yang luka dan koyak  kira2  3 cm atas tapak tangan, Apabila diamat-amati ternampak daging yang tersiat serta memperlihatkan tulang tangannya yang memutih.Macam tulang ayam.
"Ya tuhan, Apa perlu dilakukan ini, sedangkan saya pun mengejar masa untuk bertugas di pagi itu.....takkan  nak meninggalkan murid sekolah lain itu ...kalaulah  anakku ditinggal-tinggalkan dan dibiar-biarkan apa pula perasaanku"...


Saya  meraba di dalam handbag,  tak ada credit rupanya...kalau  hp ini berfungsi orang yang pertama dihubungi  tentulah  hubby. Pada dialah tempat mengadu. Saya hanya boleh memandu..ditakdirkan ada apa2 yang berlaku  dalam perjalanan  dialah tempat meminta pertolongan. Manjakah!!

Nak ke mana ni..klinik buka pukul 9.00 pagi..sekarang baru kul 7.00 pagi..minda ini  ligat  untuk membuat keputusan.


Mata ini mencuri pandang pada murid itu, dia  bermuka sayu sambil menahan kesakitan, tiba-tiba terasa ada kekuatan dan keyakinan apabila mengingatkan pengalaman menjaga bilik kesihatan ..pernah merawat murid2 yang luka.....ya, berbekalkan keikhlasan hati dan keyakinan diri..cuba menolong..

Darah berjejeran. semakin banyak pula cecair merah pekat itu keluar dari tangannya  menunjukkan dia memang perlukan perhatian...Saya meraba tisu..menyuruh dia mengelap sendiri.. langsung tak ingat ada beg  pembalut luka dalam bonet kereta....

'Biasanya doktor datang  lewat ke klinik.Hp cikgu ni tak ada credit, jadi mari ikut cikgu balik sekejap untuk  telefon. Lagipun darah banyak ni, kat rumah bersihkan  luka sebelum kita ke klinik' .Saya mengarahkan mereka..Dalam apa2 keadaan, keutamaan pertama  adalah rawatan  dulu.Budak yang bernama  Shahmi  itu mengangguk..Danial  kawannya juga mengangguk..
'Kamu ni baru berusia 15 tahun, dah bawa motor tanpa lesen..berani sungguh, salah tau".kataku dengan nada  sedikit keras..macam polislah pula menerangkan pada budak itu agar dia faham akan kesalahan undang2 jalan raya..

Tak semena-mena teringat pada Hani..Beberapa bulan lalu, dia  merengek meminta keizinan supaya membenarkannya belajar dan mengambil lesen motor..'Oh, tidak, Saya sangat takut untuk mengizinkannya....menangislah kau Hani.. ibu tak layan".bertekad...

Apabila tiba  di rumah, dia membasuh tangan , mengajar dia membubuh ubat dan membalut lukanya sendiri dengan bantuan  Danial  ....Nasib baik along ada, panjang sikit langkah.. mengajak along untuk menemankan kami  ke klinik berdekatan sebelum menghantar budak  itu pulang ke rumahnya.. ..

Pagi itu kami dapat mengadakan sesi lawatan tak  rasmi. Sempat  menziarahi tiga buah klinik berdekatan ..semua jawapan yang diterima mengecewakan ..pembantu klinik  mencadangkan supaya murid ini dihantar ke hospital kerana doktor mula bertugas kul 9.00 pagi.
.
Nak ke hospital? uh, jalan jem.kereta banyak ni.1 jam belum tentu sampai...saya mengeluh  ..namun  tiada pilihan?..ke hospital jawapnya....betul sangkaan.jalan ke bandar memang jem..sampai di wad kecemasan along mencari parking...sementara saya, Shahmi dan Danial terus menjengah ke wad kecemasan..
Pembantu hospital menyambut..terus membawa Shahmi untuk mencuci lukanya..keputusan x-ray menunjukkan tulang tangan Shahmi ok, tiada tulang tangan yang patah atau retak..alhamdulilah..selama 2 jam lamanya  berada di hospital dan 2 jam juga lamanya along terpaksa menunggu di luar hospital dan berada di kereta kerana parking penuh..
Dalam  masa itu, dapatlah berbual-bual dengan Shahmi untuk mengumpul maklumat mengenai dirinya, Shahmi anak yatim ..".Oh, Padanlah rasa terpanggil untuk menolong kamu Shahmi. Nasib baiklah kamu anak yatim , murah rezki kamu hari ni" berkata2 dlm hati..Setelah selesai urusan, Shahmi dan Danial dihantar pulang....
.
Apabila tiba di rumah,termenung sendirian untuk bermuhasabah  diri. Allah memberikan  kesempatan membuka mata , menggunakan  masa, tenaga dan wang untuk membantu pada orang yang  memerlukan.....

Saturday, April 24, 2010

Tip Orang Yang Berpersonaliti Happy

Salam. entry ni sesuai untuk orang yang happy go lucky dan jenis personaliti yang tak suka tension sangat..

Orang yang optimis selalunya terlalu yakin. Baguslah.. namun terlalu ke arah itupun menyebabkan  ada masanya  kita kurang disenangi kerana ia memperlihatkan sesuatu perkara yang kurang realistik dan kadangkala tidak berpijak di bumi yang nyata. Pada permulaan menampakkan  ok je..tetapi lama kelamaannya......So pertimbangkan juga perkara ini .......

1. Usah terlalu memikirkan perkara yang rumit sehingga meminggirkan  yang 'natural' dalam diri kita. Akibatnya diri kita dipandang terlalu'ideal' padahal mungkin tidak.
2. Jangan meletakkan matlamat yang terlalu tinggi sehingga 'tak terjangkau dek tangan' nanti takut frust..
3. Jika tak mampu nak buat sesuatu kerja yang diamanahkan..katakan berterus terang supaya rakan membantu..Jangan paksa melakukan seorang diri sehingga hendak menangis.
4. Sediakan ruang dan waktu untuk masa-masa kecederaan, kalau kerja itu  boleh disiapkan dalam masa 1 jam..nyatakan 2 jam..manalah tau ada emergency calls..
5. Berhati-hati jika mahu berusaha menjadi orang yang 'perfectionist'  kerana orang yang  terlalu mementingkan kesempurnaan meletakkan matlamat di luar jangkaan. Pertimbangkan juga kawan yang  mempunyai personaliti berbeza..Sanggupkah dia berkongsi kerja dengan kita?...
6. Jangan memikirkan sangat kepada kualiti jika pencapaian dan target  kepada kuantiti.Tengok keadaanlah..
7. Jika bekerja dalam satu pasukan, jangan mensasarkan standard yang terlalu tinggi, fikirkanlah  pada rakan yang mempunyai latar belakang minat dan pencapaian yang berbeza....mampukah seiring dan sejalan?..
8. Semasa memperincikan tugasan pentingkanlah masa mula dan akhir. Jangan leka memperbetulkan perkara yang sudah betul..

Itulah sebahagian tip2 yang ingin dikongsikan pd kali ini jika sesuai dan bermanfaat....

Thursday, April 22, 2010

Makanan Ringan yg tak berkhasiat pun..

Salam..
Mungkin kita selalu membeli biskut atau MAKANAN kering drp pasar raya atau  kedai.. Ketika membeli makanan  tersebut, adakah kita  berhati -hati dengan ingredients    yang terhasil daripada makanan itu?

Lihat betul-betul akan kandungan minyak yang digunakan dalam proses membuat makanan itu. Namun tidak ramai yang menyedarinya bahawa kod Lemak/minyak yang ditulis dalam angka-angka itu adalah kepunyaan..........

Dulu,saya juga kurang peka tapi  seorang kawan  memberitahu  perkara tersebut. Kawan tu dapat makluman melalui pensyarah kimianya  ..

Oklah tak payah buang masa nak explain.Kita baca saja komen pengguna ini yang dikirimkan melalui E-mail dan saya cuba memanjang-manjangkan cerita tersebut, pada yang dah tau tu Alhamdulilah..yang belum tahu, bolehlah kita berkongsi info .......

Subject: FW: Kod lemak babi - dlm keropok udang ROTA
 

 INI SARANAN 'MAKCIK' TU FROM MY EMAIL
Subject: kod lemak babi

Pse jgn main taram je beli jajan.. contoh apollo, cadbury etc. print code ni simpan dlm wallet atau henset. refer bila nak beli.

 
MULSIFIERS E-CODES FOR PIG FAT
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
1
E
100
 
16
E
280
 
31
E
434
 
46
E
482
2
E
110
 
17
E
300
 
32
E
435
 
47
E
483
3
E
120
 
18
E
301
 
33
E
436
 
48
E
491
4
E
140
 
19
E
325
 
34
E
440
 
49
E
492
5
E
141
 
20
E
326
 
35
E
441
 
50
E
493
6
E
153
 
21
E
327
 
36
E
470
 
51
E
494
7
E
160
 
22
E
334
 
37
E
471
 
52
E
495
8
E
161
 
23
E
335
 
38
E
472
 
53
E
542
9
E
210
 
24
E
336
 
39
E
473
 
54
E
570
10
E
213
 
25
E
337
 
40
E
474
 
55
E
572
11
E
214
 
26
E
422
 
41
E
475
 
56
E
631
12
E
216
 
27
E
430
 
42
E
476
 
57
E
635
13
E
234
 
28
E
431
 
43
E
477
 
58
E
904
14
E
252
 
29
E
432
 
44
E
478
 
59
E
920
15
E
270
 
30
E
433
 
45
E
481
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

LAGI KOMENnya.......

Yg jelas nye.....pringles pun ader gak lemak menatang(binatang) ni...kalau xcaya tgk ader E471 kat ingredients nya tu...mmg patut lah Allah turunkan bala virus influenza tu....


Xheran lah kalau skg ni ramai sgt samseng, yg muda, yg tua..laki..pompuan. ..sama jer.....solat yg wajib main tinggal jer..doa pun byk yg tak termakbul ekoran makanan2 seperti ni yg jadi darah daging.......nauzubillah..
Camner nak lahirkan lebih ramai Islam yg betul2 'muslim'... dari kecik dah disuapkan dgn makanan2 mengarut ni... yg heran nya caner leh ader tanda HALAL bg makanan2 tersebut?


Bijaknya org2 ........(SENSITIF) memperdayakan... hanya dgn makanan.

Jika kita sedar dan prihatin..forward lah untuk rakan2 seislam...semoga kita lebih berhati2 ngan tipu daya & helah musuh2 Allah swt...



P/S:Itulah antara komen beliau..terima kasih daun keladi, kalau ada info ingatkan lagi..Dalam meniti kehidupan ini kita memang perlu saling ingat mengingat....
 

Friday, April 16, 2010

Putera-puteriku Sayang..

Putera-puteri ku sayang...
saban hari kita semakin leka dibuai alam fantasi
dunia berimaginasi yg menakutkan..
oleh itu tiba masanya
kelian mengatur langkah..


Pandanglah diri
Renung ke dasar hati yang bersih..
Betapa besarnya rahmat Allah   ..
mengurniakan hambanya sebaik2 dan sesempurna kejadian..
secantik-cantik insani..
Wajah yang penuh keceriaan.
dengan mata yang berkaca..
 Maka sanggupkah kita mencemarkan kehidupan peribadi..
 membiarkan langkah tak terarah..
mengejar keseronokan duniawi..
 tunduk berpaksikan emosi dan hawa nafsu..


 Ingatlah wahai putera puteriku..
Letakkanlah harga diri di tempat yang tinggi..
Jangan biarkan maruah  
digadai dan diinjak2..
jangan biarkan diri
dihanyutkan..
oleh air sungai mengalir deras..
Sayangi diri  .
Melangkah ke hadapan dengan berani..
mempergunakan peluang
dan kebebasan yang diberikan oleh keluarga
secara bijak dan berhemah
dengan batasan2 tertentu...

Teguhkan keimananmu anak2ku..
kerna di situ sebenarnya terletak kebahagiaan hakiki..
carilah role model, rakan2 pembimbing 
memanfaatkan mereka
mendengar  nasihat mereka yang tidak berbayar ..
tetapi penuh pengertian.. 

Ingatlah bahawa..
sahabat  yang benar2  ikhlas itu
menyayangi anda..
sebenarnya bertindak sebagai pelindung ..
dan tidak akan mencuri ruang dan kesempatan ...

Putera puteriku sayang....
hargai ibubapa kerana mereka juga adalah
rakan, sahabat dan pakar rujuk..
Jangan rahsiakan apa2 perkara dari pengetahuan mereka ..
kerana ibubapa sebenarnya sentiasa berada di sisi
memberikan sokongan moral dan material..
dan tidak akan membiarkan anaknya terkapai2 sendirian
pasti ada alternatif2..
pun ada pandangan2 bernas..
sebagai pilihan anaknya untuk mengatasi yang sulit..

oleh itu
di tangan kamu ini ada pilihan....
menentukan yang terbaik buat diri dan masa hadapan..

****FAMILY******

Naufal Rayyan


Sal @ Ibu




Hayat / Along

Merenung ke dalam diri, melihat dengan mata hati..
maka kita akan temui fitrah dan akal
 lantas berikhtiarlah untuk mencari ketenangan disisi Allah atas nama Taqwa
"Ujian adalah terbiah dari Allah.
 Apakah kita akan sabar ataupun sebaliknya?
 Kesenangan yang datang selepas kesusahan, semuanya nikmat dari tuhan" 

.


Ya Allah, pinjamkan aku kekuatan dariMU..
Ku memohon hanya padaMU...hayat...

Adik - Ezatul Hani



Angah ..




Kan Ku Utuskan Salam Ingatanku, Dalam Doa Kudusku Sepanjang Waktu, 
Ya Allah Bantulah Hamba Mu,
 Mencari Hidayah Daripada Mu
Dalam Mendidikkan Kesabaranku, 

Ya Allah Tabahkan Hati Hamba Mu......


Cuba adik tgk hujan tu, skg ia tnggelamkan sgala keindahan ILAHI,
 tp lepas ia berhenti,
 keindahan ciptaan-NYA dpt kita lihat kmbali malah chaya pelangi akn menambah seri indah tu.
 Mcm tu lah jgk kehidupan kita.
 Tk pernah hilang dr ditimpa msalah, dilanda kekusutan,
 namun akhirnya BAHAGIA pasti dikecapi.


Pada zahirnya HIDUP mmg nampak sgt indah dan wonderful. 
but as we grow older, there will b a lot of obstacles we have to face. tp jgn rsw, dugaan itu yg mmbuatkn kite kuat.
 tp tk kesahlah banyak mane dugaan yg pernah, sedang dan akn sy tempuhi, sy tetap bersyukur dilahirkan di dunia sbg HIDAYATUL EQMAL


Mana mungkin lahirnya bayangan yang lurus elok, Jika datangnya dari kayu yang bengkok, Begitulah peribadi yang dibentuk, Didiklah wanita dengan keimanan, Bukannya harta ataupun pujian, Kelak tidak derita berharap pada yang binasa, Engkaulah yg istimewa ♥ ♥ ♥

Thursday, April 15, 2010

Memohon Iringan doa kelian.....

 Wahai rakan-rakan blogger..
Sedang kita melayari alam maya..
tanpa disedari, kini ada seorang ibu bersedih.. 
kerana dirundung malang..
Cikgu Rohaiza Bte Ishak (MRSM).
 Beliau sedang menatap sayu anaknya..
kesan daripada komplikasi kelahiran 
dan jangkitan kuman di paru-paru..

Oleh itu, didorong rasa simpati sesama insan..
Marilah kita meluangkan sedikit waktu..
bertafakur sebentar..
menandah tangan..
memohon doa kepada Ilahi 
Buat : NurHannah Bte Mohamed Helmi berusia 3 bulan.....
Semoga si bayi yang comel ini ..
cepat sembuh dengan izin Allah
AMIN..

Wednesday, April 7, 2010

Bakteria yang menyebabkan kematian mengejut..

Bakteria Leptospira adalah bakteria yang boleh menyebabkan kematian yang mengejut.Bakteria ini dikesan daripada tubuh tikus. Namun berkemungkinan bakteria leptospira boleh memasuki badan haiwan peliharaan seperti kucing atau anjing yang meminum air  lopak yang tercemar dengan kencing tikus.



Kucing yang meminum air dari tempat bertakung yang telah dicemari kencing tikus berisiko tinggi untuk mendapat leptospirosis. 

Pemilik kucing yang membersihkan kucing dan tersentuh dengan kencing, air liur, tisu atau permukaan lembab lain juga dilaporkan mungkin akan terdedah kepada jangkitan ini. 


Bakteria ini boleh memasuki badan manusia melalui luka atau tisu lembut seperti dalam mulut, hidung atau mata. Jika kita pegang haiwan yang dijangkiti leptospirosis dan makan tanpa mencuci tangan, bakteria tersebut akan turut memasuki tubuh sebelum memasuki saluran darah.

Kemudian, bakteria ini masuk dalam badan dan organ-organ manusia seperti hati dan buah pinggang serta menjadikan lokasi utama organ manusia itu sebagai tempat pembiakannya. 

Akibatnya, sel-sel organ penting manusia yang diserang bakteria ini akan rosak dan gagal berfungsi manakala pembuluh darah akan pecah sehingga membawa kepada kencing berdarah. 

Leptospirosis boleh menyebabkan kematian apabila tahap jangkitan berlaku dengan serius  kerana ia mampu memusnahkan ogran dan fungsinya dan memusnahkan daya ketahanan manusia dengan cepat.